![]() |
|
Ekin dan mawi
|
BALIK daripada bercuti sempena raya baru-baru ini, banyak pula cerita pasal dunia hiburan yang sampai ke telinga Papa.
Antara cerita panas yang menarik perhatian Papa ialah berita perkahwinan artis lelaki popular tanah air, siapa lagi kalau bukan Mawi.
Khabarnya, anak muda yang bakal mengahwini kekasihnya, Ekin itu akan mengadakan sidang media pada 21 Oktober ini untuk menjawab segala persoalan mengenai perkahwinannya.
Papa diberitahu oleh sumber yang rapat dengan Mawi, pada sidang media itu, Mawi akan mengumumkan tarikh pernikahannya yang khabarnya bakal dilangsungkan lebih awal berbanding bulan Disember seperti mana yang diuar-uarkan sebelum ini.
Kalau tak silap Papa, Mawi dan Ekin mahu mempercepatkan majlis perkahwinan mereka pada bulan depan.
Namun begitu, bukan soal tarikh perkahwinan yang menjadi perhatian Papa, sebaliknya, isu mengenai stesen mana yang bakal mendapat hak penyiaran perkahwinan Mawi.
Menurut sumber Papa, khabarnya sebuah stesen televisyen swasta sanggup menawarkan ganjaran antara RM5 juta hingga RM6 juta kepada Mawi jika stesen itu diberi hak penyiaran perkahwinannya.
itu la bila orang dah popular dan glamor. alhamdulillah rezeki Allah. moga segala rezeki mendekatkan lagi kita dgn Pencipta. ingat dari mana kita datang dan kemana kita akan kembali. Gunakan rezeki yang berlebihan utk manfaat dan melahirkan generasi mendatang yang sihat akhlak dan bagus ideologinya dalam membantu membangunkan masyarakat.
hiburan adalah hiasan yang indah dalam kehidupan bermasyarakat selagi mana ia tidak melampau-lampau.
