Posts Tagged ‘Filem Malaysia’

Zombi Kampung Pisang

ZOMBI Kampung Pisang merupakan salah satu karya arahan Mamat Khalid yang mempunyai banyak unsur kritikan masyarakat.



APABILA berbicara tentang sutradara Mamat Khalid tentunya ramai penonton yang skeptikal dan beranggapan beliau merupakan seorang pengarah filem yang tanpa hala tuju dalam berkarya.

Pandangan itu tercetus apabila melihat kebanyakan filem arahannya dikatakan seakan-akan seperti menampilkan lawak bodoh lagi merapu-rapu, filem kampung atau longgar daripada segi pengisian mesej tersirat di sebalik karya-karyanya itu.

Bagaimanapun, ramai yang kurang menyedari bahawa Mamat merupakan seorang pengarah yang cukup berambisi dalam usahanya untuk memperkayakan khazanah filem Melayu dengan menggunakan unsur-unsur budaya setempat.

Pengkritik filem, A. Wahab Hamzah misalnya, menyifatkan Mamat seorang pengarah yang banyak menyelitkan unsur-unsur sindiran biarpun secara luarannya filem-filem arahannya itu kelihatan seperti menampilkan lawak-lawak yang merapu.

“Pada mulanya saya sendiri pun tidak perasan dengan pendekatan Mamat itu. Tetapi selepas saya tonton satu persatu filem-filem beliau, barulah saya dapati ada sesuatu di sebaliknya.

“Contohnya, dalam filem Zombi Kampung Pisang Mamat cuba menonjolkan serta mengkritik tentang sikap golongan-golongan kapitalis yang rakus untuk menguasai orang kampung dan juga golongan orang beragama.

sumber

xkisahla tersurat ke tersirat…. asalkan banyak pembelajaran berguna boleh diambil kira oklah tu. daripada menghasilkan cerita yang lebih banyak merepek yang ntah ape2… cukupla. pendek kata filem yang melalaikan orang lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.