
DAVID Teo menyediakan perancangan baru untuk kelangsungan populariti Senario.
Trio kumpulan lawak ini membuktikan mereka ‘besi berkarat’ yang boleh beri emas
KETUA Pegawai Eksekutif MIG Productions Sdn Bhd, David Teo yakin kutipan filem terbaru lakonan Senario, Senario The Movie Episode 1 mampu mengatasi Jangan Pandang Belakang (JPB) yang meraih RM7.5 juta sekali gus tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai filem tempatan terlaris.
Keyakinan itu kata David, berputik daripada aliran penonton ke pawagam yang cukup menggalakkan sepanjang minggu pertama Aidilfitri membolehkan filem itu mencatat kutipan kasar RM3 juta selepas seminggu tayangan. Apa yang membanggakan, keberaniannya menggilap semula populariti Senario yang dianggap khalayak sebagai ‘besi berkarat’ dan tidak lagi relevan dalam industri perfileman tempatan berbaloi apabila trio lawak yang dianggotai Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad dan Wahid Ahmad menghadiahkan ‘emas’ kepadanya.
“Ketika saya hendak menerbitkan filem ini ramai yang menempelak dan memberitahu Senario akan gagal di panggung. Tapi, saya beranikan diri kerana yakin mereka mampu memberi persepsi baru kepada penonton dengan sentuhan pengarah berbeza, Ahmad Idham.
“Ternyata usaha saya itu membuahkan hasil. Kejayaan Senario The Movie Episode 1 diyakini mampu memberi cahaya baru kepada industri perfileman,” katanya dalam nada gembira.
antara kumpulan lawak yang masih bertahan. tu la kadang2 lawaknya mcm besi berkarat jugak. sehingga terpaksa ‘membodohkan’ (taktau istilah sesuai ) utk mentertawakan penonton. tapi kadang2 lawak berisi dan ada makna tersirat yang berguna kepada penonton anak anak2 muda. bagus2. apa apa pun yang penting konsisten dan tidak lenyap.
mungkin senario boleh asah lagi kaedah sehingga menjadi lawak bijak yang boleh menjadi contoh baik kepada anak2 muda terutama kanak2. mcm juara lawak kita nabil tu.
apa apa pun senario tetap chilled…..
tahniah david teo. lebih baik diterapkan unsur2 islamic atau moral2 yang baik supaya boleh dijadikan ikutan anak2 muda.