Posts Tagged ‘Datuk K’

Siti Datuk K

KHALID Mohammad Jiwa dan Siti Nurhaliza memotong pulut kuning pada majlis ulang tahun perkahwinan kedua mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut serta bapa Siti, Tarudin Ismail (kiri), ibu Siti, Siti Salmah Bachik (dua dari kanan) serta ibu Khalid, Zainab Hanapi (kanan).



BANGLO mewah yang pernah menjadi sebutan ramai di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur hujung minggu lalu bercahaya tidak seperti lazimnya.

Deretan kereta mewah pula menjalar di luar kediaman bernilai RM6 juta yang didiami pasangan popular tanah air, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Kelibat tokoh-tokoh korporat, rakan-rakan artis, keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan itu kelihatan keluar masuk ke rumah itu.

Semuanya berhimpun dalam kedinginan malam (selepas hujan seharian) untuk meraikan pasangan itu melayari bahtera rumah tangga yang berusia dua tahun pada 21 Ogos lalu.

Pada malam itu, Siti dan suami tercinta tidak menang tangan melayan setiap tetamu.

Pantang berselisih di kawasan halaman banglo mereka, Siti dan Khalid tidak lupa bertanya sama ada tetamu-tetamu mereka sudah menjamu pelbagai hidangan enak yang disediakan oleh Kuzie Catering.

“Ini antara hajat Siti bila berumah tangga. Mahu berkongsi kegembiraan dengan orang-orang yang banyak memainkan peranan dalam kehidupan Siti dan suami,” jelas Siti mengenai acara yang diadakan buat kali kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan ternama itu.

Berkali-kali Siti menegaskan, menganjurkan majlis di kediaman itu bukan bermakna dia dan suami mahu bermegah-megah dengan kemewahan yang mereka ada.

Sebaliknya, Siti berpendapat, mereka berdua sekadar mahu berkongsi masa kegembiraan, dan rezeki yang ada.

Kalau di sebelah malam, pasangan itu meraikan rakan-rakan terdekat, di sebelah siang pula, seramai 60 anak yatim diundang ke kediaman yang sama menghadiri majlis doa selamat.

source

Allah knows better. May Allah Bless you

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.