Nenek, kakak Siti mampu cetus kontroversi

Oleh Farihad Shalla Mahmud


TERBAIK: Penampilan julung kali, 25 calon awal pelajar AF6.

Astro akui kehadiran mereka bakal hangatkan Akademi Fantasia 6

SUKAR sebenarnya untuk meneka apakah kriteria sebenar yang diperlukan oleh pihak Astro apabila memilih pelajar yang bakal menghuni Akademi Fantasia 6. Persoalan ini timbul apabila melihat senarai calon awal yang terpilih untuk menduduki akademi larangan itu seperti yang diumumkan Astro, kelmarin.

Bukan sengaja mahu mempertikaikan kewibawaan pihak juri yang membawa mereka masuk tetapi apakah ia menepati janji pengetua untuk mencari bakat anugerah Tuhan yang selama ini terlepas pandang.

Hairina (kiri) dan Saida

Tinggalkan Komen